APOKALIPS X




APOKALIPS X
GENRE: Aksi / Fiksyen Sains
MULA TAYANGAN: 3 April 2014
PENGARAH: Mamat Khalid
PELAKON: Farid Kamil, Peter Davies, Zoe Tan, Jehan Miskin






SINOPSIS APOKALIPS X
Selepas Perang Dunia ketiga, beberapa serangan bom kimia dan nuclear telah menyebabkan ramai penduduk dewasa terbunuh dan yang tinggal hanyalah kanak-kanak.

Setelah anak-anak muda itu membesar tanpa bimbingan yang betul, mereka telah berpecah kepada lima puak iaitu Merah Putih diketuai X (Farid Kamil), Taring Led yang dipimpin Sri Gala (Peter Davies), Flora diketuai oleh Kulat (Zoe Tan), Teratai diketuai Melur (Vasanth) dan Jengking diketuai oleh Y (Jehan Miskin). Mereka cuba berebut kuasa dan semua orang menyedari hanya yang kuat sahaja akan terus hidup.




SEJAK mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran.

Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.



Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.


Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).





  • Love
  • Save
    Add a blog to Bloglovin’
    Enter the full blog address (e.g. https://www.fashionsquad.com)
    We're working on your request. This will take just a minute...