SUAMI SEBELAH RUMAH (1 - 20 TAMAT)




SUAMI SEBELAH RUMAH
EPISOD : 20 episod x 30minit
MULAI: 2015
SLOT: Dramady TV3
NOVELIS : NOVEL SUAMI SEBELAH RUMAH - Ana Sofiya
PELAKON : Ayda Jebat, Izzue Islam, Zulin Aziz, Sheery Alhadad, Hanna Aqella, ben amirr








SINOPSIS NOVEL SUAMI SEBELAH RUMAH

Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah.


Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat.



Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.



Amar memang pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara.


Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.











  • Love
  • Save
    Add a blog to Bloglovin’
    Enter the full blog address (e.g. https://www.fashionsquad.com)
    We're working on your request. This will take just a minute...