OMPUTEH (TV1)


OMPUTEH (TV1)
TARIKH: 29 Julai,
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Illya Buang, Pak Lah Cecupak, Ropie, Zulkifli Ismail, Danial Iman, Amirul Iman dan Imran Abu,



SINOPSIS OMPUTEH (TV1)
Mengambil keberkatan bulan Syawal, plot kisahnya bermula dengan situasi bagaimana suami isteri yang memiliki dua (2) orang cahayamata, telah bergaduh disebabkan si suami, Omar sibuk dengan urusan kerjanya. Akibat tidak sabar dan tahan dengan gelagat si isteri bernama Puteh, Omar telah lafazkan cerai dan hak penjagaan telah diberi kepada Puteh.

Dengan penceraian tersebut, Puteh mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Dalam proses tersebut, mahkamah memberi hak penjagaan kepada Puteh. Omar berasa serba salah kerana dia amat rapat dengan anak-anaknya.

Ketiadaan anak-anaknya, Omar tidak dapat fokus kepada kerjanya. Akhirnya, Omar mengambil keputusan untuk cuti tanpa gaji bagi menyelesaikan permasalahan keluarganya. Beberapa minggu sebelum Ramadhan menjelang, Omar telah ke kampung Puteh untuk menyamar sebagai Raymond pelancong asing dengan memakai rambut palsu dan mengubah perlakuan. Segala rancangan sulit Omar telah diketahui awal Penghulu dan ayahnya dan mereka memberi sokongan padu.

Omar menyamar sebagai orang pelancong asing yang ingin membuat kajian tentang makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu lemang dan ketupat. Hasil pakatan dengan Penghulu, Omar telah mendapat rumah berdekatan dengan rumah bekas isterinya, tujuannya untuk memudahkannya berjumpa anak dan bekas isterinya.

Pada bulan Ramadhan, Puteh membuka gerai menjual lemang. Puteh membuka gerai lemang untuk menampung perbelanjaan hari raya anaknya. Dalam pada itu, Sameon Kudung merupakan kepala samseng di kampung itu telah menaruh hati pada Puteh. Sameon Kudung sering mencari peluang untuk menarik perhatian bekas isteri Omar itu tetapi tidak di layan. Puteh lebih selesa melayan dan mengajar Raymond daripada Sameon Kudung.

Sameon Kudung agak marah apabila melihat kemesraan yang di tunjukkan oleh Raymond dan Puteh. Sameon Kudung telah merancang untuk membakar gerai lemang Puteh. Ketika gerai itu hampir dibakar pada ketika itulah, satu perkara tidak diduga berlaku. Saksikan apa kesudahannya nanti.
  • Love
  • Save
    Add a blog to Bloglovin’
    Enter the full blog address (e.g. https://www.fashionsquad.com)
    We're working on your request. This will take just a minute...