PUTERI (1 - 6 TAMAT)


PUTERI(TV3
MASA: 9 malam
MULAI : 20 NOVEMBER
HARI: Setiap Khamis




DOWNLOAD PUTERI (TV3)
Puteri Episod 01 = DOWNLOAD
Puteri Episod 02 = DOWNLOAD
Puteri Episod 03 = DOWNLOAD 4/12
Puteri Episod 04 = DOWNLOAD 11/12
Puteri Episod 05 = DOWNLOAD 18/12
Puteri Episod 06 (TAMAT) = DOWNLOAD 25/12


SINOPSIS PUTERI (TV3)
Puteri adalah animasi terbaru keluaran Les' Copaque Production. Siri animasi “Puteri” mengisahkan kehidupan lima orang puteri raja di dalam Kerajaan Limau yang tinggal bersama ayahandanya. Kelima-lima puteri ini mempunyai kuasa keistimewaan yang harus digunakan bersama bagi menjaga keamanan dan kestabilan serta keharmonian Kerajaan Limau dari serangan kerajaan luar(musuh), raksasa/makhluk mistik dan kuasa sihir ( ilmu hitam / kuasa hitam).

Puteri Manis
Anak sulung daripada lima beradik. Berusia 18 tahun dan merupakan pewaris takhta Kerajaan Limau. Mempunyai rupa paras menawan dan suara merdu yang mampu memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berkebolehan berkomunikasi dengan binatang dan mempunyai selendang sakti yang sering dipakai di pinggangnya.


Puteri Kasturi
Puteri kedua berusia 17 tahun. Kasturi bersifat kasar dan mempunyai ciri-ciri pahlawan. Tidak suka dengan “etika puteri” dan lebih gemar meluangkan masa dengan berlatih berlawan. Mempunyai pedang sakti yang berkuasa hebat.

Puteri Purut
Berusia 15 tahun dan bersifat pemalu. Tidak selesa bercakap atau berada di khalayak ramai kerana parut pada wajahnya yang disembunyikan di sebalik rambut. Namun, Purut sangat bijak dan mempunyai pengetahuan luas terutamanya berkaitan ubat-ubatan. Sering membuat uji kaji menggunakan tumbuhan di taman herbanya. Memakai cucuk sanggul sakti yang mempunyai kuasa penyembuh.

Puteri Bali
Merupakan puteri keempat berusia 14 tahun bertubuh gempal berbanding adik-beradiknya. Oleh kerana itu, dia agak sensitif dengan topik berat badan. Merupakan seorang tukang masak yang handal, walaupun makanannya kelihatan tidak menarik pada luaran tetapi rasanya pasti sedap. Mempunyai kipas sakti yang boleh berubah saiz dan fungsi.

Puteri Nipis
Berusia 10 tahun dan merupakan puteri bongsu. Penampilannya kelihatan manja dan naïf. Namun, Nipis sebenarnya merupakan penyiasat yang hebat dan mengetahui semua selok-belok di dalam istana. Sering ditemani oleh kucing peliharaannya yang bernama Jebat. Berpewatakan selamba dan bersifat degil. Nipis mempunyai reben sakti yang sering digunakan sebagai permainannya.




Puteri Limau Manis – puteri yang mempunyai keindahan suara yang lunak merdu
Puteri Limau Kasturi – puteri berjiwa pahlawan
Puteri Limau Purut – puteri yang sangat pemalu
Puteri Limau Bali – puteri yang baik hati
Puteri Limau Nipis – puteri yang nakal



Lirik Lagu Puteri Limau
ha.. ha.... ha.... ha....
Angin berhembus membelai mesra,
Tenang di jiwa suasana terkira bahagia,
Hatiku ceria dengar kicau kenari,
Cahaya suria bersinar indah..
LA..LA..
Mekar mewangi bunga di taman..
Warna warni seluruh alam..
la.la.la
Damainya mempersona
ha..ha..ha,...ha...(ha..ha..ha...)(2x) ha.....
Di sini bersatu jiwa
Lima puteri anggun dan mesra
Seindah cahya suria
Atas takhta bersemai indah
ha...ha..
Puteri… Puteri…
Puteri...........

  • Love
  • Save
    Add a blog to Bloglovin’
    Enter the full blog address (e.g. https://www.fashionsquad.com)
    We're working on your request. This will take just a minute...