Orientasi Tingkatan 1 Aliya Maisarah



Anak saya sudah secara rasminya menjadi remaja. "teenager" Mindset kena letak - treat her like a friend. Hari ini kami hadiri orientasi di sekolah menengah dia Kami hadir seawal 7.30am di dewan sekolah. Nasib baik rumah hanya 10 minit jalan kaki ke sekolah. Owh seharusnya saya rasa bersyukur. Mengapa? Nanti saya ceritakan lebih lanjut. Selepas menyemak papan tanda senarai nama dan penempatan kelas, kami beratur untuk sesi pendaftaran dan pemberian folder orientasi. Dalam folder ada beberapa borang yang perlu di sini, dan sedikit informasi tentang taklimat yang akan di adakan.



Risalah aturcara majlis pada hari itu Risalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Jadual Gerak Kerja Kokurikulum Sessi Petang Borang Sistem Maklumat Murid Borang kajiselidik sarana ibubapa
Cantik juga folder yang diberi. Senang sebab saya buat lapik sambil isi mana borang yang ada, terutama sekali apabila borang kajiselidik sarana perlu diberi sebelum sebelum kami pulang.
Aturcara Majlis di mulakan dengan bacaan doa, ketibaan tetamu kehormat dan barisan pentadbir, dan kemudiannya nyanyian Negaraku. Selepas acara wajib iaitu Ucapan Pengetua dan YDP PIBG, kami mendengar
Taklimat Pengurusan Sesi Petang Taklimat PBS Taklimat MBMMBI Taklimat Elektif Bahasa Jepun

Selepas sahaja taklimat PBS, murid-murid di bawa ke kelas dan selesai sahaja taklimat elektif Bahasa Jepun, ibubapa beragama islam dijemput ke surau untuk mendengar Taklimat Elektif Kelas Aliran Agama (KAA).
Alhamdulillah, saya sangat senang hati dengan taklimat Taklimat Elektif Kelas Aliran Agama (KAA) apatah lagi awal-awal sudah berfikir secara mendalam, menolak tawaran ke sekolah agama berasrama (kerana akhirnya saya berubah fikiran kerana merasa anak saya masih terlalu muda untuk ke sekolah asrama dan masih perlukan bimbingan secara dekat dirumah tanpa stress berlebihan)
Allah swt makbulkan doa saya agaknya - dapatlah Aliya menyambung kelas Bahasa Arab dan menambah ilmu al Quran seperti Tarannum, Ilmu Qiraat, Ilmu Hafazan, Tajwid dan ilmu sejarah al-Quran. Berbunga-bunga saya mendengar taklimat Ustazah-Ustazah di surau sekolah yang sangat cantik tadi.
Kelas adalah percuma - Masya Allah dan ibubapa cuma hanya perlu memastikan anak-anak sampai di sekolah pada pukul 11pagi Isnin hingga Khamis. Namun hati saya agak sedikit terkilan, selepas diberi taklimat tentang faedah-faedah yang saya rasa tak terkiranya nilainya malah diberi PERCUMA lagi, ada ibubapa yang merungut bagaimana hendak menghantar anak ke sekolah. Kasihan pada ustazah-ustazah yang bertukus lumus pergi ke PPD mendapatkan kebenaran mengadakan KAA ini. Apa yang saya fahamkan, dahulunya ketika ada PMR, murid yang mengambil kelas ini boleh mengambil subjek agama (jadi akan mendapat 9A jika cemerlang) Maka saya cuba membantu ustazah secara tidak rasmi (yes me and my big mouth huhuhu) dengan berkata "anak-anak di Johor sudah biasa bersekolah sepenuh hari - paginya ke sekolah agama dan petang ke sekolah biasa..." dengan harapan, jika kita betul-betul mahukan pasti akan ada jalan.
Yang itu pun satu lagi kan, jika anak-anak tidak terbuka hati untuk belajar...susah juga untuk memujuk mereka menghadiri sesuatu yang "extra class" macam ini. Syukur saya punya anak yang celik hatinya...saya daftar pun tanpa bertanya pendapat Aliya sebab saya memang tahu isi hati anak saya - lepas saya beritahu, memang berbunga-bunga hatinya :)
Selesai taklimat di surau, saya ke kantin, bersarapan. Hati tidak elak lagi, sausage bersalut roti di goreng masih ada terjual. Sekurang-kurangkan karipap pusar dan bihun goreng tu saya setuju sedikit. Air tin juga masih di jual. Ini tidak patut sebenarnya. Mungkin hanya untuk guru-guru tapi pada saya eloklah jangan dijual makanan dan minuman seperti ini apatah lagi PBS sekarang mengira pembelajaran holistik termasuk kesihatan murid.
Selesai sarapan saya ke kelas Aliya untuk membayar yuran dan menyerahkan buku kesihatannya. Saya hendak beritahu sendiri pada guru kelasnya, jika ada sessi immunisasi, saya tak setuju anak saya dicucuk. Kalau saya hendak pun nanti saya bawa dia sendiri kerana Aliya kecilnya dulu ada eczema dan masih ada mild asthma.
Overall, senang hati juga dengan pendaftaran dan orientasi sekolah menengah Aliya. Cuma sedikit teguran kerana saya terpinga-pinga selepas taklimat di surau tidak pasti mahu menunggu anak di kantin atau menyusur ke kelas. Selepas melihat ramai ibu bapa ke kelas, baru saya pergi. Saya juga terpinga-pinga mencari kelas anak, di tanya beberapa pelajar ada yang tidak pasti dan tidak tahu kelas ada di mana *geleng kepala*
Apa pun, saya teruja. Anak yang saya kandung 9 bulan sudah menjadi 12 tahun hendak masuk 13 tahun. Sudah remaja dan pastinya saya perlu "siap sediakan" diri dengan segala dugaan dan cabaran membesarkan seorang anak remaja.
Insya Allah ada masa, saya akan share sedikit maklumat PBS yang telah di huraikan siang tadi.
  • Love
  • Save
    Add a blog to Bloglovin’
    Enter the full blog address (e.g. https://www.fashionsquad.com)
    We're working on your request. This will take just a minute...