AJAIBNYA CINTA (1 - 13 TAMAT)


AJAIBNYA CINTA (TV3)
SLOT : Lestary
MULA TAYANGAN: 18 Mac 2015
HARI: Setiap Rabu,
MASA: 9 Malam
JUMLAH EPISOD: 13
LAGU TEMA OST : Ajaibnya Cinta oleh Sa-Orang Lelaki
PELAKON : Nora Danish, Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Eirma Fatima, Betty Rahmad, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Ifa Raziah, Aqasha, Lana Nordin, Esma Daniel, Norish Karman, Mimi Ernida





DOWNLOAD AJAIBNYA CINTA (1 - 13 TAMAT)
Ajaibnya Cinta Episod 01 = DOWNLOAD
Ajaibnya Cinta Episod 02 =
Ajaibnya Cinta Episod 03 =
Ajaibnya Cinta Episod 04 =
Ajaibnya Cinta Episod 05 =
Ajaibnya Cinta Episod 06 =
Ajaibnya Cinta Episod 07 =
Ajaibnya Cinta Episod 08 =
Ajaibnya Cinta Episod 09 =
Ajaibnya Cinta Episod 10 =
Ajaibnya Cinta Episod 11 =
Ajaibnya Cinta Episod 12 =
Ajaibnya Cinta Episod 13 (TAMAT) =






SINOPSIS DRAMA AJAIBNYA CINTA

Kisah Mak Cun, seorang penjual bedak sejuk, dan anak perempuannya, Halimatun yang belajar di Sepanyol menerusi drama ‘Spain Uoolss’ berjaya mencuit hati penonton ketika disiarkan pada Ogos tahun lepas. Kehadiran Mak Cun di Sepanyol membuka mata Akif, teman lelaki Halimaton, untuk lebih mengenali keindahan budaya Melayu.


Akif, Halimatun dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Hammara pula akan digantung pihak universiti kerana selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara serta Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya.

Akif mengikut Hammara bertemu Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara.

Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara. Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia.

Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia.


Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa.

Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun Akif memberitahu ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu.

Datin Suzana kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif. Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi selain menegur keluarganya tentang bersolat.


Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta pertolongannya kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya.

Halimatun kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun.

Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara. Siapakah jodoh buat Akif?
  • Love
  • Save
    Add a blog to Bloglovin’
    Enter the full blog address (e.g. https://www.fashionsquad.com)
    We're working on your request. This will take just a minute...